Silkscreen Printing

Apa Itu Silkscreen Printing?

Silkscreen printing atau cetakan sutera (juga dikenali sebagai cetakan skrin) adalah salah satu teknik cetakan yang paling popular dan tahan lama, terutamanya untuk baju, tote bag, dan pelbagai material kain atau fabrik. Teknik ni sesuai untuk cetakan dalam kuantiti banyak, dengan hasil warna yang terang, tahan lama dan harganya murah.

Macam Mana Silkscreen Printing Berfungsi?

Silkscreen printing guna skrin khas (biasanya daripada mesh halus) untuk alirkan dakwat atas kain. Bahagian yang tak nak dicetak akan ditutup, dan hanya design tertentu je akan ‘tembus’ dakwat melalui skrin. Teknik ni handmade tapi berkualiti tinggi, sesuai untuk cetakan logo, teks, atau grafik warna solid.

Kelebihan Silkscreen Printing

Tahan Lama
Dakwat silkscreen serap ke dalam kain, jadi design tak mudah luntur walaupun dah basuh banyak kali.

Sesuai Untuk Pelbagai Material
Tak kisah baju cotton, polyester, kain campuran — silkscreen boleh masuk!

Kos Murah Untuk Tempahan Banyak
Lagi banyak anda cetak, lagi murah kos sehelai. Memang sesuai untuk event, syarikat, kelab, team, atau printing baju family day.

Warna Terang & Cantik
Hasil cetakan sangat jelas, berwarna terang, dan lebih menonjol berbanding teknik lain.

Bila Silkscreen Printing Sesuai?

Cetakan silkscreen sangat sesuai untuk rekaan yang menggunakan warna solid antara 1 hingga 4 warna. Ia merupakan teknik cetakan yang popular kerana boleh menghasilkan cetakan yang tahan lama dan berkualiti.

Jika anda membuat tempahan dalam kuantiti yang banyak, harga sehelai baju akan menjadi lebih murah dan berbaloi. Ini menjadikan silkscreen pilihan terbaik untuk pelbagai jenis acara dan kegunaan seperti:

  • Baju family day
  • Program team building
  • Tshirt promosi dan kempen
  • Tshirt rewang atau kenduri
  • Pakaian kerja untuk syarikat dan staf

Kenapa Pilih Kami Untuk Silkscreen Printing?

Kami ada lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang cetakan t-shirt. Guna dakwat berkualiti, hasil cetakan memang tahan lama dan tak mudah crack atau luntur. Kalau tempah dalam kuantiti banyak, kami bagi harga murah yang memang berbaloi. Kami sediakan khidmat semakan design anda secara percuma.

Hubungi Kami Sekarang!

Tempahan silkscreen bermula dari minimum 10 helai. Masa siap biasanya dalam 9–10 hari bekerja, bergantung pada kuantiti dan jenis cetakan.

Dah ada design? Hantar awal pada kami, dan kami akan bantu semak serta beri sebut harga dulu – percuma je.

Kalau nak tahu harga atau ada soalan, WhatsApp je team kami. Kami sedia bantu anda dari A sampai Z!

Borang Review Pelanggan

⭐ Tinggalkan Review Anda

Email tidak akan dipaparkan secara umum.
Rating dipilih: 0 bintang