👕 TSHIRT PRINTING EST. 2013

T-shirt Printing Kajang

Nak tempah baju tshirt printing di Kajang? Kedai kami di Bandar Puteri Bangi, Kajang menerima tempahan printing baju serendah 10 helai. Tempah sekarang!

Local Business
(4.9/5 — 213) MY-KJG
t shirt printing kajang
print tshirt kajang

Kedai Printing Baju Di Kajang

Anda mencari kedai print baju tshirt berkualiti dan boleh di Kajang? Nak buat Tempahan t shirt printing? Kami di Tshirtprinting.com.my dimiliki oleh Thrive Impact Resources merupakan kedai t-shirt printing di Kajang sejak lebih 10 tahun lalu.

Kami telah membantu syarikat, jabatan kerajaan, institusi pendidikan dan individu untuk tempahan t shirt printing dengan minimum tempahan serendah 10 helai. Tempoh siap mengambil masa dalam 6-7 hari waktu bekerja selepas pengesahan design dan pembayaran.

Percuma penghantaran ke seluruh Kajang menggunakan runner, anda akan dapat t-shirt pada hari yang sama apabila tempahan telah siap.

Kami menyediakan pelbagai teknik printing baju untuk disesuaikan dengan tempahan anda khasnya untuk pelanggan di Kajang & kawasan sekitarnya. Minumum tempahan serendah 10 helai. Berikut contoh-contoh jenis cetakan yang kami buat beserta gambar.

Silkscreen T-shirt Printing

Silkscreen Printing sesuai untuk cetakan spot colour tanpa gradient/tone warna) pada baju ready-made. Amat sesuai untuk printing dengan 1-4 warna solid. Teknik printing ini menghasilkan warna yang terang, tahan lama dan kemasan yang kemas, menjadikannya pilihan ideal untuk tempahan kuantiti kecil (moq 10 helai) hingga besar. Harga jauh lebih murah jika order kuantiti yang banyak.

Contoh Baju Silkscreen Printing

Harga Baju Silkscreen Printing

Kuantiti (Helai) Harga Seunit (RM)
10
RM24
100
RM14.50
200
RM12.50
1000
RM9.47

Sublimation Printing

Sublimation Printing ialah teknik cetakan full colour yang menggunakan haba untuk memindahkan dakwat terus ke dalam kain polyester. Hasilnya lebih tajam, tidak mudah pudar, dan terasa ringan kerana warna menyerap ke dalam fabrik, bukan di atas permukaan. Teknik ini sesuai untuk jersey, t-shirt, dan pakaian sukan kerana mampu menghasilkan design gradient, gambar dan warna yang kompleks dengan kualiti tinggi serta tahan lama walaupun dibasuh berulang kali.

Contoh Baju Sublimation T-shirt Printing

Harga Baju Sublimation Printing

Berikut ialah senarai harga ringkas BAJU SUBLIMATION PRINTING ROUNDNECK untuk rujukan anda. Sila ambil maklum bahawa harga akhir adalah mengikut jumlah kuantiti dan tambahan (addon) seperti nama atau nombor.

Kuantiti (Helai) Harga Seunit (RM)
10
RM27
100
RM22
1000
RM13
3000
RM11.90

DTF Printing / Heatpress

DTF Printing Heatpress (direct to film)  ialah teknik cetakan menggunakan filem khas yang dicetak dengan design, disalut serbuk pelekat dan ditekan pada kain menggunakan heatpress. Ia menghasilkan warna yang terang, detail halus dan tahan lama. Sesuai untuk pelbagai fabrik seperti cotton dan polyester, serta ideal untuk tempahan custom t-shirt cotton dan jersey microfiber.

Contoh Baju T-shirt DTF Printing

Harga Baju DTF Printing

Setiap tempahan DTF Printing mempunyai harga yang berbeza bergantung pada saiz reka bentuk, lokasi cetakan dan kuantiti. Hubungi kami untuk mendapatkan sebut harga terbaik.

Embroidery

Embroidery ialah teknik sulaman benang pada fabrik menggunakan mesin untuk menghasilkan logo, nama atau wording yang lebih eksklusif dan tahan lama. Ia sesuai untuk t-shirt, cap dan uniform kerana nampak premium, kemas dan tidak mudah pudar. Teknik ini sering digunakan untuk branding syarikat dan pakaian korporat.

Contoh Sulaman / Embroidery

Harga Sulaman / Embroidery

Harga Embroidery bergantung pada saiz reka bentuk, jenis sulaman, kuantiti tempahan serta jenis pakaian seperti T-shirt, polo, kemeja dan cap. Hubungi kami untuk mendapatkan sebut harga yang tepat mengikut keperluan anda.

Kenapa Pelanggan di Kajang Perlu Pilih Kami?

Bagi anda yang tengah pening kepala mencari kilang cetak baju untuk team, uniform syarikat, atau event komuniti, tak perlu pandang jauh lagi. Kami sedia membantu anda!

Kenapa ramai pelanggan di sekitar Kajang Selangor memilih servis t-shirt printing kami? Ini 5 sebab utama:

1) HQ & Kedai Di Kajang, Selangor

Tak perlu risau urusan online yang meragukan. Kedai fizikal kami memang terletak di Kajang. Anda boleh datang terus untuk bincang rekaan atau tengok sampel kain.

2) Berpengalaman Lebih 10 Tahun

Kami bukan baru semalam buka kedai. Sejak lebih sedekad lalu, kami dah masak sangat dengan selok-belok dunia cetakan baju untuk pastikan hasil terbaik buat anda.

3) Sudah Uruskan Ribuan Tempahan

Dari sekecil-kecil program sekolah hinggalah ke korporat besar di sekitar Kajang, semuanya kami dah pernah kendalikan dengan jayanya.

4) Harga Murah Terus Dari Kilang

Kami tawarkan harga yang sangat kompetitif dan mesra poket sebab proses cetakan dibuat terus dari kilang kami sendiri tanpa melalui orang tengah.

5) Fast Delivery & Self-Pickup

Kejar due date? Jangan panik. Kami pastikan tempahan anda siap dengan cepat. Anda boleh pilih untuk kami pos laju-laju atau datang self-pickup sendiri di pejabat kami.

Penghantaran Percuma Ke kawasan Kajang

lalamove t shirt printing kajang

Kedai kami menyediakan perkhidmatan penghantaran tempahan T-shirt printing ke seluruh kawasan Kajang secara PERCUMA.

Antara kawasan yang kami liputi termasuk Pusat Bandar Kajang, Jalan Reko, Kajang Utama, Prima Saujana, Bandar Teknologi Kajang serta lain-lain kawasan di sekitar Kajang.

Tempah dengan mudah, dan kami akan menghantar pesanan anda terus ke lokasi yang ditetapkan tanpa sebarang caj penghantaran.

Cara Tempah T-Shirt Printing dari Kajang

Tempahan bermula dengan memberikan kuantiti menghantar design atau idea melalui WhatsApp. Kami akan memberikan harga, menyediakan mockup untuk semakan sebelum pengesahan tempahan dan pembayaran. Proses cetakan mengambil masa sekitar 5–7 hari bekerja, diikuti pilihan penghantaran atau self-pickup.

Hantar design atau idea

Kongsi idea atau fail reka bentuk melalui WhatsApp atau emel.

Kami sediakan mockup

Kami akan sediakan visual mockup untuk semakan dan pengesahan.

Confirm order & pembayaran

Setelah setuju, buat pengesahan dan pembayaran penuh atau deposit.

Cetak & siap dalam 5–7 hari

Proses cetakan bermula dan akan disiapkan dalam anggaran 5–7 hari bekerja.

Anda pilih: Delivery atau Self-Pickup

Boleh pilih penghantaran terus ke pintu atau ambil sendiri dari kedai kami.

Soalan Lazim (FAQ)

Berapakah minimum tempahan untuk t-shirt printing?

Minimum tempahan adalah 10 helai sahaja. Tempahan minimum ini terpakai untuk semua jenis servis cetakan dan hiasan pakaian termasuk Sublimation, DTF (Direct-to-Film), Cetakan Sutera Saring (Silkscreen), dan juga Sulaman (Embroidery).

Berapa lama tempoh siap untuk setiap tempahan cetak baju?

Tempoh siap bergantung kepada jenis cetakan yang anda pilih:

  • Cetak Silkscreen, DTF, dan Sublimation: Mengambil masa 6 hingga 7 hari bekerja.
  • Sulaman (Embroidery): Mengambil masa 10 hingga 12 hari bekerja.
    Nota: Tempoh masa dikira selepas reka bentuk (design) dan pembayaran disahkan.
Adakah saya perlu membayar deposit untuk membuat tempahan?

Ya, bayaran deposit sebanyak 60% diperlukan sebelum proses cetakan atau sulaman dijalankan. Baki bayaran selebihnya (40%) perlu dijelaskan selepas tempahan anda siap sepenuhnya sebelum penghantaran atau pengambilan.

Di manakah lokasi kedai t-shirt printing anda di area Kajang

Kami beroperasi di Bandar Puteri Bangi, Kajang, Selangor. Lokasi kami amat strategik dan mudah diakses bagi pelanggan dari kawasan Kajang, Bandar Baru Bangi, Semenyih, dan kawasan sekitar Kajang, Selangor.

hot deal

Katalog T-shirt Ready Made

Baju kosong untuk cetakan silkscreen printing, DTF dan embroidery

design jersy

Katalog Design T-shirt

Design baju family day, sublimation dan lain-lain design.

Lokasi Kedai T-shirt Printing Kami di Kajang

Lokasi kedai printing baju kami di Bandar Puteri Bangi, Kajang, Selangor, iaitu kawasan strategik yang mudah diakses melalui LEKAS Highway, Exit Tol Bukit Mahkota, Jalan Bangi Lama serta laluan utama sekitar Kajang dan Bangi.

Kami menyediakan perkhidmatan T-shirt printing custom untuk syarikat, event, sekolah, persatuan dan pelbagai program.

Pelanggan dialu-alukan untuk datang melihat sample baju dan hasil cetakan, namun perlu buat temujanji terlebih dahulu bagi memudahkan urusan dan penyediaan sampel.

Visit our office - Appointment only | kindly contact us first.

Address

No 10-1-3, Jalan Puteri 2A/3 Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Selangor

Hours

🔥 HOT DEAL!
T-shirt Saiz Besar TANPA CAS TAMBAHAN (3XL–7XL)
Bayar harga biasa, walaupun ada saiz besar! Tawaran Ini Tamat Akhir Bulan Dec 2025 DEPAN!
Terma & Syarat

Terma & Syarat:
✅ Minimum tempahan 20 helai / Maksimum 500 helai cetak baju
✅ Saiz besar tidak melebihi 5% daripada jumlah order
✅ Sah untuk t-shirt jersey & cotton

📌 Contoh: Tempahan 500 helai → maksimum 25 helai saiz besar (3XL–7XL) masih pada harga biasa!

💬 Tempah sekarang & dapatkan tawaran ni!

Whatsapp kami

Atau sila isikan borang Whastapp di bawah.

Borang Review Pelanggan

⭐ Tinggalkan Review Anda

Email tidak akan dipaparkan secara umum.
Rating dipilih: 0 bintang
Silkscreen Printing Sublimation Printing Embroidery DTF Printing Umum Custom Made Bag
Silkscreen Printing Sublimation Printing Embroidery DTF Printing Umum Custom Made Bag