👕 TSHIRT PRINTING EST. 2013

T-shirt Printing Kuala Lumpur

Custom T-Shirt Printing, Sublimation, Silkscreen, DTF & Embroidery

Servis T-shirt Printing dengan percuma penghantaran ke Kuala Lumpur. Kedai print baju custom murah untuk warga KL, siap seawal 6-7 hari. Tempah Sekarang!

Local Services
(4.9/5 — 313) MY-KL

Silk screen Printing

Order banyak harga murah!

Sublimation Printing

Jersey Full Print Berkualiti

DTF T-shirt Printing

Full Colour, Tajam Dan Cantik

Embroidery / Sulaman

Logo Sulam Tahan Lama

Free Delivery

Free hantar ke seluruh Kuala Lumpur

Harga Murah

Tempah t-shirt direct kilang di Kajang

Siap Cepat

Siap seawal 6-7 hari waktu bekerja

Koleksi Design

Katalog design baju percuma di sediakan

T-shirt Printing Kuala Lumpur

Anda dari Kuala Lumpur mencari servis t-shirt printing? Jangan risau, walaupun kilang dan office  kami di Kajang, Selangor, kami juga menerima tempahan print baju custom untuk pelanggan dari KL.

Tempahan baju yang telah siap dicetak boleh dihantar terus ke rumah, pejabat atau lokasi pilihan anda pada hari yang sama secara percuma menggunakan perkhidmatan runner.

Boleh siap seawal 6-7 hari waktu bekerja untuk printing baju sublimation dan silkscreen 10 helai hingga 1000 helai. Hubungi kami untuk sebutharga printing t shirt.

0 +

Years of Experience

0 +

Completed Orders

0 %

Quality Checked

Kedai Tempahan T-shirt Printing Untuk Pelanggan Kuala Lumpur

Kami di Tshirtprinting.com.my perniagaan berdaftar atas nama Thrive Impact Resources (003550833-x). Berpangkalan di Kajang, Selangor kira-kira 24km dari KL, kami banyak mengendalikan tempahan dari Kuala Lumpur, yang kini menjadi salah satu kawasan servis paling penting kami.

Sebagai penyedia T-Shirt Printing online, kami tahu pelanggan di KL perlukan servis yang cepat, kemas dan boleh diharap untuk pelbagai acara dan tujuan. Inilah sebab kenapa perlu memilih kami sebagai platform utama tempahan printing baju.

sublimation printing

Kenapa Pelanggan Kuala Lumpur Perlu Memilih Perkhidmatan Kami

Dapatkan perkhidmatan print t-shirt berkualiti dengan harga berpatutan serta penghantaran ke seluruh Kuala Lumpur. Tempahan printing baju yang siap boleh dihantar terus ke rumah, pejabat atau lokasi pilihan anda.

Kaedah Printing Baju Yang Kami Tawarkan

Untuk pelanggan yang ingin buat tempahan t-shirt printing, ada beberapa kaedah print baju yang kami ada buat.

Dari printing baju silkscreen untuk baju ready made, custom sublimation printing hinggalah embroidery. Boleh pilih ikut kesesuain tempahan anda.

Setiap teknik printing baju mempunyai kelebihan tersendiri bergantung pada jenis kain, reka bentuk, kuantiti tempahan dan bajet.

Memilih teknik yang tepat membantu memastikan hasil cetakan lebih berkualiti, tahan lama dan berbaloi dengan kos.

Berikut ialah perbezaan antara DTF Printing, Silkscreen Printing, Sublimation Printing dan Embroidery.

Silkscreen Printing

Silkscreen T-shirt printing antara baju yang paling banyak ditempah pelanggan warga kota dari kami. Minimun tempahan t-shirt printing silkscreen printiing serendah 10 helai. Silkscreen printing sangat ideal untuk fabrik cotton (kapas) dan pelbagai jenis kain lain. Amat sesuai untuk cetakan 1 hingga 4 spot colour tanpa gradien, teknik ini menghasilkan cetakan solid colour yang sangat pekat, tajam, dan tahan lama. Ia pilihan paling ekonomik dan popular untuk tempahan baju berkumpulan secara pukal.

Sesuai untuk

  • Tempahan kuantiti sederhana hingga besar.
  • Design yang ringkas dengan warna spot colour.

Kelebihan

  • Sangat tahan lama.
  • Warna lebih pekat.
  • Kos sehelai lebih rendah untuk tempahan pukal.
  • Kemasan profesional.

Limitasi

  • Memerlukan kos penyediaan skrin.
  • Kurang sesuai untuk design yang mempunyai banyak warna atau gradient.

Disyorkan untuk

  • Kilang.
  • Korporat.
  • Sekolah.
  • NGO.
  • Program berskala besar.

Contoh Silkscreen Printing

Berikut gambar gambar hasil cetakan silkscreen printing yang telah siap untuk rujukan anda.

Proses Silkscreen T-shirt Printing

Video ini menunjukkan proses sebenar penghasilan T-Shirt Printing menngunakan kaedah Silkscreen printing di premis kami di Kajang. Kami menerima tempahan daripada pelanggan Kuala Lumpur dengan proses production, pemeriksaan kualiti dan penghantaran yang sama.

Senarai Harga Baju Silkscreen Printing

Berikut harga untuk printing baju menggunakan kaedah silkscreen printing

  1. 1 spot colour printing
  2. Roundneck cotton/jersey 160gsm
  3. Size XS-3XL
Kuantiti (helai) Harga Sehelai (RM)
10
RM24/pcs
50
RM17.50/pcs
100
RM14.50/pcs
200
RM12.50/pcs
1000
RM9.47/pcs
2000
RM8.80/pcs

Untuk makluman, harga bergantung pada kuantiti baju, jumlah warna cetakan, lokasi cetakan, jenis baju dan size. Hubungi kami untuk dapatkan sebutharga yang tepat.

Custom Sublimation Jersey

Sublimation Jersey Printing

Khas untuk team sukan, ipta, ipts, sekolah, company di Kuala Lumpur, mencari baju jersey sublimation custom? Sublimation t-shirt printing adalah teknik terbaik untuk jersi sukan. Menggunakan haba tinggi, dakwat meresap terus ke dalam gentian poliester, menghasilkan corak full-print warna-warni yang tajam. Hasilnya, cetakan jersi tidak akan merekah, luntur, atau tertanggal. Kain juga kekal ringan, lembut, dan telus udara (breathable) demi keselesaan maksimum.

Sesuai untuk
  • Jersey sukan.
  • Design full print.
  • Corak berwarna penuh.
Kelebihan
  • Warna meresap ke dalam fabrik.
  • Tidak mudah pudar atau merekah.
  • Sangat selesa dipakai.
  • Sesuai untuk cetakan keseluruhan baju (all-over printing).
Limitasi
  • Hanya sesuai untuk fabrik polyester atau kandungan polyester yang tinggi.
  • Tidak sesuai untuk baju kapas.
Disyorkan untuk
  • Jersey futsal.
  • Jersey badminton.
  • Cycling jersey.
  • Running event.
  • E-sukan.
sublimation printing

Contoh Sublimation Printing

Dibawah ini hasil sebenar baju sublimation jersey printing.

Proses Sublimation Printing Jersey

Video ini menunjukkan proses production Sublimation Printing di premis kami di Kajang, Selangor. Kemudian diteruskan ke proses jahitan dan penghantaran kepada pelanggan di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar.

Senarai Harga Baju Sublimation Printing

Senarai harga printing baju sublimation jersey mengikut kuantiti tempahan
  1. Material Microfiber Eyelet & Interlock
  2. Round Neck
  3. Size XS-3XL
  4. Double stich
Kuantiti (helai) Harga Sehelai (RM)
10
RM27/pcs
50
RM25/pcs
100
RM22/pcs
200
RM20/pcs
1000
RM13/pcs
3000
RM11.90/pcs

Harga baju sublimation printing bergantung pada kuantiti, jenis kolar, size, add on tambahan (nama & no) dan size. Hubungi kami untuk mendapatkan sebutharga tepat mengikut tempahan anda.

DTF Logo Printing Service

DTF Printing

DTF Printing (Direct to Film) ialah teknik cetakan yang menggunakan Direct to Film (DTF) dan heat press untuk menghasilkan design full colour, gradient, logo berwarna, nama, dan nombor dengan kualiti. Hasil cetakan kelihatan tajam, warna lebih hidup, tahan lama, dan sesuai di press pada pelbagai jenis pakaian untuk tempahan kecil atau besar
Sesuai untuk
  • Tempahan kuantiti kecil hingga sederhana.
  • Design berwarna penuh (full colour).
  • Logo, gambar dan artwork yang mempunyai banyak warna atau gradient.
Kelebihan
  • Tiada had warna.
  • Cetakan tajam dan terang.
  • Sesuai untuk design yang kompleks.
  • Boleh dicetak pada pelbagai jenis fabrik.
Limitasi
  • Kurang ekonomik untuk kuantiti yang sangat besar.
  • Tidak sesuai untuk sesetengah fabrik yang sensitif terhadap haba.
Disyorkan untuk
  • Uniform syarikat.
  • Event.
  • Family day.
  • T-shirt promosi.
  • Tempahan segera.

Contoh DTF Printing

Berikut contoh baju yang menggunakan kaedah DTF printing.

Proses DTF Printing

Proses sebenar penghasilan T-Shirt Custom Design menggunakan teknik DTF Printing, bermula daripada proses cetakan design pada filem DTF sehingga proses heat press pada fabrik.

Dapatkan Sebutharga DTF Printing

Harga DTF printing pada t-shirt bergantung pada saiz cetakan, bilangan lokasi cetakan serta kuantiti tempahan. Hubungi kami untuk mendapatkan sebut harga DTF heat press yang tepat mengikut keperluan design anda.

Logo Embroidery

Embroidery

Dapatkan servis sulaman yang amat sesuai untuk tempahan baju untuk syarikat. Embroidery menggunakan mesin sulaman berkomputer untuk menghasilkan logo, nama, nombor, dan tulisan dengan jahitan yang kemas serta berkualiti tinggi. Teknik ini sesuai untuk t-shirt, polo shirt, kemeja, jaket, dan topi (cap), memberikan kemasan eksklusif yang tahan lasak, tidak mudah rosak, serta menampilkan imej profesional bagi pakaian korporat, uniform, dan acara.

Sesuai untuk

  • Logo syarikat.
  • Nama pekerja.
  • Cap.
  • Polo shirt.
  • Kemeja korporat.

Kelebihan

  • Nampak premium.
  • Sangat tahan lama.
  • Tidak mudah luntur.
  • Memberikan imej profesional.

Limitasi

  • Kurang sesuai untuk design yang terlalu kecil atau mempunyai banyak perincian halus.
  • Tidak sesuai untuk cetakan gambar.

Disyorkan untuk

  • Uniform korporat.
  • Hotel.
  • Restoran.
  • Klinik.
  • Kolej.
  • Agensi kerajaan.

Gambar Contoh Embroidery

Contoh gambar embroidery / sualaman berkomputer.

Dapatkan Sebut harga EmbroIdery

Harga embroidery bergantung pada jenis pakaian (seperti t-shirt, jacket, vest atau cap), saiz logo sulaman, bilangan sulaman dan kuantiti tempahan.

Untuk mendapatkan sebut harga yang tepat, sila berikan maklumat seperti jenis pakaian, kuantiti tempahan dan logo atau design yang ingin disulam. Minimum tempahan ialah 10 helai.

Katalog Pakaian Untuk Printing Dan Embroidery

Berikut ialah katalog pakaian kosong yang sesuai untuk silkscreen printing, DTF printing, dan embroidery. Tersedia dalam pelbagai pilihan warna, saiz, dan jenis pakaian untuk memenuhi keperluan tempahan t-shirt printing anda.

T-shirt Quick Dry

Jersey Round Neck

t-shirt cotton

Cotton Round Neck

t-shirt polo

Polo Honeycomb

Baju oversize

Oversized T- shirt

Safety Vest & Tee

Hoodie Sweatshirt

Hoodien & Sweatshirt

Katalog pakaian lengkap boleh lihat di laman Katalog

Katalog Design T-shirt Percuma

Tiada design? Pilih daripada katalog design kami untuk jersey sublimation, family day, team building, t-shirt pancing, dan rewang. Setiap design boleh diubah suai dari segi perkataan, warna, logo, dan nama supaya sesuai dengan tema atau acara. Anda juga boleh gunakan apa-apa design sendiri untuk kami print.

Katalog T-shirt Family Day Sublimation Printing

Family Day

Design T-shirt Family Day

Rewang / Bekwoh

Design T-shirt Rewang
Team Building Design

Team Building

Design T-shirt Team Building

Hiking

Design Baju T-shirt Hiking
design qurban

Qurban

Design Baju T-shirt Kelas
Baju Sublimation Baseball

Sublimation (general)

Design Umum Baju Sublimation

Kami Terima Design Anda Untuk Dicetak!

Cara Hantar Design Untuk Tempahan T-shirt

Anda mempunyai design sendiri? Berikut ialah format fail yang kami terima untuk printing dan embroidery. Pastikan fail dihantar dalam format softcopy yang sedia untuk dicetak (ready to print). Kami mengesyorkan fail Adobe Illustrator (AI) untuk hasil cetakan dan sulaman yang terbaik.

Design AI Generated (Gemini, ChatGPT & lain-lain)

Jika anda menghantar design t-shirt printing yang dihasilkan menggunakan AI seperti Gemini atau ChatGPT, kebiasaannya fail tersebut hanyalah mockup atau imej, dan bukan fail softcopy yang sedia untuk dicetak (ready-to-print).

Anda boleh menghantar design tersebut kepada kami untuk semakan terlebih dahulu. Disebabkan fail yang diterima tidak memenuhi spesifikasi percetakan, pihak kami perlu melukis semula (redraw) design ke dalam format yang sesuai untuk printing atau embroidery. Caj tambahan akan dikenakan bergantung pada tahap kerumitan design.

Tempoh Siap Tempahan Mengikut Jenis Printing

Ramai pelanggan tertanya-tanya, berapa lama tempahan T-shirt printing akan siap? Kebiasaannya, tempahan menggunakan kaedah Silkscreen Printing dan Sublimation Printing akan disiapkan dalam anggaran 6–7 hari bekerja bagi kuantiti 10 hingga 1,000 helai.

Bagi DTF Printing, tempoh siap bergantung pada kuantiti tempahan serta jumlah kawasan yang perlu dicetak (heat press) pada pakaian. Manakala, tempahan Embroidery (sulaman) biasanya mengambil masa sekitar 10–12 hari bekerja, bergantung pada kuantiti dan kerumitan design.

Semua tempoh di atas dikira selepas pembayaran diterima dan artwork disahkan. Untuk mempercepatkan proses tempahan, kami menggalakkan pelanggan menghantar design yang telah siap dan ready-to-print, supaya proses semakan dan pengeluaran dapat dimulakan dengan lebih cepat.

Kaedah (printing) Jangkaan Siap (Hari)
Sublimation
5-6 hari (10-1000 helai)
Silkscreen
6-7 hari (10-1000 helai)
Direct To Film
6-7 hari (bergantung pada kuantiti)
Embroidery
11-12 hari
Servis Design
3-4 hari

Terima tempahan urgent tak?

Ya, kami menerima tempahan urgent dan dalam keadaan tertentu boleh menyiapkannya seawal 3–4 hari bekerja. Walau bagaimanapun, ia bergantung pada kekosongan slot produksi, ketersediaan stok pakaian dan saiz, serta jenis printing yang dipilih.

Bagi memastikan proses berjalan lancar, design mestilah dalam format ready-to-print dan pembayaran perlu dibuat secepat mungkin selepas pengesahan tempahan. Sila hubungi kami terlebih dahulu untuk menyemak kekosongan slot produksi sebelum membuat tempahan.

Contoh Hasil Tempahan Printing Baju

Berikut adalah antara contoh hasil tempahan t-shirt printing yang telah kami siapkan menggunakan pelbagai teknik seperti silkscreen printing, sublimation, DTF printing dan embroidery. Setiap hasil cetakan dihasilkan mengikut keperluan pelanggan sama ada untuk event, korporat, sukan, atau promosi.

Lokasi Penghantaran T-shirt Printing Ke Kuala Lumpur

Sebagai Penyedia T-Shirt Printing Online, kami telah mengoptimumkan sepenuhnya rantaian bekalan dari production facility kami di Kajang (hanya kira-kira 24km dari KL) untuk memastikan penghantaran ke Kuala Lumpur adalah pantas dan boleh diharap. Kami faham, tiada siapa yang mahu baju event mereka lambat sampai! Kami menggunakan runner On Demand Delivery bagi menjamin tempahan custom print anda sampai dengan selamat terus ke lokasi anda

Kami menyediakan perkhidmatan penghantaran ke semua zon utama di KL, termasuk:

Zon Korporat Pusat (CBD):

Penghantaran pantas ke KLCC, TRX, Bukit Bintang, dan kawasan Golden Triangle. Sesuai untuk tempahan t-shirt korporat dan merchandise pejabat.

Zon Pendidikan & Komersial:

Liputan menyeluruh di Bangsar, Mid Valley, Mont Kiara, Sri Hartamas, dan Damansara Heights. Kami sering berurusan dengan agensi, startup, dan institusi pengajian di zon ini.

Kawasan Perumahan & Komuniti:

Servis meliputi kawasan lebih luas termasuk Setapak, Cheras, Kepong, Wangsa Maju, dan Taman Tun Dr. Ismail (TTDI). Baju family day, sukan, atau team building dijamin sampai dengan mudah.

Penghantaran Percuma Setiap Tempahan Printing Baju Ke Tempat Anda

Cara Buat Tempahan Printing T-shirt Custom Dari KL

Tempahan T-shirt printing custom dari Kuala Lumpur kini lebih mudah tanpa perlu datang ke kedai kami di Kajang. Anda hanya perlu hubungi kami, kongsikan butiran tempahan dan design, kemudian kami akan menguruskan proses daripada sebut harga, semakan artwork, printing sehinggalah penghantaran terus ke lokasi anda di Kuala Lumpur.

Step 1

Hubungi Kami

Hubungi kami melalui WhatsApp (disyorkan) atau e-mel untuk pertanyaan mengenai tempahan T-shirt printing. Team kami sedia membantu memberikan maklumat dan cadangan yang bersesuaian.

Step 2

Berikan Butiran Tempahan

Berikan maklumat seperti kuantiti tempahan, jenis baju (jika ada), tarikh diperlukan serta design atau logo yang ingin dicetak. Maklumat ini membolehkan kami menyediakan sebut harga yang tepat.

Step 3

Terima Sebut Harga

Kami akan menyediakan sebut harga rasmi (PDF) sekiranya diperlukan. Harga akan ditentukan berdasarkan kuantiti, jenis baju, teknik printing dan reka bentuk yang diberikan.

Step 4

Hantar Design

Hantar fail design anda dalam format Adobe Illustrator (AI), PDF, EPS atau fail vektor untuk hasil cetakan yang terbaik. Jika anda hanya mempunyai fail PNG, JPEG atau design yang dijana menggunakan AI, hantarkan sahaja kepada kami untuk semakan.

Step 5

Semakan Artwork & Pengesahan

Kami akan menyemak design yang diterima dan menyediakan mockup (jika diperlukan) untuk pengesahan. Proses printing hanya akan dimulakan selepas artwork disahkan oleh pelanggan.

Step 6

Invoice & Pembayaran Deposit

Selepas semua maklumat dan artwork dipersetujui, kami akan mengeluarkan invoice rasmi. Deposit sebanyak 60% diperlukan bagi mengesahkan tempahan.

Step 7

Proses Cetakan Dimulakan

Tempahan akan dicetak menggunakan teknik printing yang telah dipersetujui mengikut spesifikasi dan kuantiti yang diminta.

Step 8

Pemeriksaan & Pembungkusan

Sebelum penghantaran, setiap tempahan akan diperiksa bagi memastikan kuantiti, saiz dan hasil cetakan adalah tepat sebelum dibungkus dengan kemas.

Step 9

Penghantaran Ke Kuala Lumpur

Setelah siap, tempahan akan dihantar ke rumah, pejabat atau lokasi pilihan anda di sekitar Kuala Lumpur. Pelanggan juga boleh memilih untuk mengambil sendiri tempahan di premis kami di Kajang.

Nak Tempah T-shirt?

Jika anda ingin membuat tempahan T-shirt printing, anda boleh hubungi kami melalui WhatsApp untuk mendapatkan sebut harga. Kami akan menyediakan sebut harga berdasarkan kuantiti dan design anda. Sila berikan butiran kuantiti dan design untuk kami berikan sebut harga percuma.

Soalan Lazim Tempahan Printing Baju

Berikut adalah soalan lazim yang sering ditanya daripada pelanggan kami berkaitan tempahan t-shirt printing. Untuk sebarang pertanyaan lain, sila hubungi kami melalui WhatsApp atau emel untuk bantuan lanjut.

faq

Tempahan t-shirt printing biasanya siap dalam masa 6–7 hari bekerja untuk printing t-shirt silkscreen, sublimation,dan DTF printing. 10-12 hari untuk tempahan siap sulam (embroidery). Selepas siap, kami akan terus proses pembungkusan dan hantar pada hari ke Kuala Lumpur yang sama supaya pelanggan dapat order dengan lebih cepat dan lancar.

Boleh saja. Kami berada di Kajang, lebih kurang 24km dari Kuala Lumpur, jadi memang mudah untuk datang sendiri. Anda boleh tengok sample baju, jenis kain dan kualiti printing sebelum buat keputusan tempahan.

Kalau design simple dan kuantiti banyak, silkscreen memang sesuai. Kalau design berwarna, logo detail atau gradient, DTF printing lebih cantik. Untuk jersi full print, kami sarankan sublimation.

Senang saja, hantar detail seperti jenis baju, kuantiti dan design melalui WhatsApp. Kami akan bagi quotation cepat ikut keperluan anda.

Untuk kes tertentu, kami boleh bantu proses urgent bergantung pada slot production semasa. Kalau nak cepat, terus WhatsApp kami dan kami akan check dulu timeline yang paling sesuai.

Selain printing baju, kami juga buat polo shirt, apron, cap, woven bag dan mafla. Semua boleh custom ikut design, logo atau branding anda.

Kami menggunakan Lalamove (on-demand delivery) untuk penghantaran tempahan t-shirt printing ke Kuala Lumpur. Selepas tempahan siap dan dibungkus, ia akan terus dihantar pada hari yang sama kepada pelanggan.

Apa yang menarik, kami juga menyediakan penghantaran percuma ke seluruh kawasan Kuala Lumpur untuk kemudahan pelanggan. Biasanya tempahan akan sampai dalam masa 20–40 minit, bergantung kepada lokasi anda di KL, keadaan trafik, ketersediaan runner serta keadaan cuaca pada waktu tersebut.

Ulasan

Service sangat bagus. Baju siap cepat dan harga pun berpatutan. Semua hasil berkualiti. Nak tambah sehelai dua pun dilayan dengan baik. Sangat recommended.

SYAF Bukit Jalil

Memang puas hati tempah baju T-shirt Muslimah dan Polo untuk Hari Sukan sekolah. Design jadi cantik macam yang kami minta, kain pun sedap pakai walaupun seharian dekat padang. Semua saiz ngam, tak ada masalah. Cikgu-cikgu dengan AJK PIBG pun ramai puji. Urusan pun senang, respon laju dan barang siap ikut masa. Lepas ni memang repeat lagi.

Farid Wangsa Maju
Borang Review Pelanggan

⭐ Tinggalkan Review Anda

Email tidak akan dipaparkan secara umum.
Rating dipilih: 0 bintang
🔥 HOT DEAL!
T-shirt Saiz Besar TANPA CAS TAMBAHAN (3XL–7XL)
Bayar harga biasa, walaupun ada saiz besar! Tawaran Ini Tamat Akhir Bulan Dec 2025 DEPAN!
Terma & Syarat

Terma & Syarat:
✅ Minimum tempahan 20 helai / Maksimum 500 helai cetak baju
✅ Saiz besar tidak melebihi 5% daripada jumlah order
✅ Sah untuk t-shirt jersey & cotton

📌 Contoh: Tempahan 500 helai → maksimum 25 helai saiz besar (3XL–7XL) masih pada harga biasa!

💬 Tempah sekarang & dapatkan tawaran ni!

Whatsapp kami

Atau sila isikan borang Whastapp di bawah.