Dikemaskini pada 12 July 2025

T-Shirt Printing Shah Alam

Kedai Print Baju Tshirt Dengan Servis Penghantaran Ke Shah Alam

Kedai kami menyediakan servis printing t-shirt dengan penghantaran ke seluruh Shah Alam. Cetak baju mudah secara online. Minimum order serendah 10 helai. Tempah Sekarang!

kedai printing baju tshirt shah alam
printing baju shah alam
tshirt family day - printing baju shah alam

Kami di Tshirtprinting.com.my beroperasi di bawah perniagaan berdaftar Thrive Impact Resources (003550833-X), dan sejak 2013 lagi, kami telah berpeluang membantu pelbagai pelanggan dalam urusan cetakan t-shirt dan sulaman.

Sebahagian besar tempahan t-shirt printing kami diuruskan secara online, bagi memudahkan pelanggan di Shah Alam dan kawasan sekitarnya membuat tempahan dengan lebih cepat dan mudah.

Production dan pejabat kami terletak di Kajang Selangor. Kami juga amat mengalu-alukan kunjungan anda ke pejabat kami di Kajang (50 minit dari Shah Alam). Hubungi kami untuk tetapkan temujanji lebih awal secara online (online appointment).

Kelebihan Kami - On Demand Delivery

Kami menawarkan perkhidmatan penghantaran t-shirt yang telah siap dicetak terus ke Shah Alam dan kawasan sekitarnya menggunakan runner seperti Lalamove.

Sama ada ke rumah, pejabat, kilang, kolej, universiti atau lokasi lain sekitar Shah Alam, kami boleh uruskan penghantaran untuk anda pada waktu yang sesuai.

Anda tak perlu keluar atau bersusah payah ambil sendiri, kami sedia bantu mudahkan urusan anda. Perkhidmatan ini sangat sesuai untuk anda yang nak jimat masa dan tenaga.

Tidak kira berapa jumlah tempahan yang anda buat, tshirt akan dapat pada hari yang sama apabila ianya sudah siap dicetak dan dibungkus (packed).

delivery tshirt printing

Hantar ke seluruh Shah Alam

Kedai di Kajang Selangor

Kenapa Warga Shah Alam Perlu Pilih Kami Untuk Tempahan Tshirt

Kami bukan yang paling lama, tapi dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam cetakan t-shirt, kami telah berpeluang membantu pelbagai pelanggan dari Shah Alam dan sekitarnya termasuk jabatan kerajaan, syarikat swasta, pelajar IPT, kelab, team sukan, sekolah, acara keluarga, dan juga tempahan individu secara online.

Kami faham setiap pelanggan ada citarasa dan bajet tersendiri, sebab itu kami tawarkan pelbagai jenis teknik cetakan seperti silkscreen, DTF, sublimation dan juga sulaman untuk hasil yang tahan lama dan nampak kemas.

Tempahan Mudah

Tempahan t-shirt mudah secara online, hanya perlu WhatsApp kami untuk buat tempahan.

Pelbagai Pilihan

Tersedia pelbagai pilihan material, saiz, warna menarik serta jenis cetakan ikut keperluan anda.

Penghantaran

Kami sediakan servis penghantaran t-shirt siap ke seluruh Shah Alam guna Lalamove cepat.

Kaedah Cetakan Tshirt Yang Kami Buat

Ada beberapa jenis kaedah cetakan t-shirt yang boleh anda pilih, bergantung pada jenis baju dan rekaan yang anda inginkan. Setiap teknik ada kelebihan tersendiri, sama ada anda nak buat untuk event, syarikat, family day atau kegunaan team anda.

Berikut antara pilihan cetakan yang kami sediakan:

Hand pressing silk-screen printing, close up view.

Silkscreen Printing

Cetakan menggunakan blok yang sesuai untuk kuantiti besar
Custom t-shirt. Using heat press to print image of giraffe blowing bubble gum

Heatpress (DTF)

Direct-To-Film (DTF) menghasilkan cetakan penuh warna yang jelas dan tahan lama.

Sublimation Printing

Teknik cetakan khas untuk fabrik polyester putih. Warna menyerap ke dalam kain,

Embroidery

Teknik sulaman berkomputer yang premium dan eksklusif. Ideal untuk logo syarikat, nama

Info Penyediaan Fail Design Untuk Tempahan T-shirt Printing

Kami menerima pelbagai format fail design untuk tempahan cetakan dan sulaman t-shirt. Berikut ialah jenis-jenis fail yang sesuai untuk tempahan baju anda. Kami amat menyarankan agar anda menghantar fail dalam format vektor bagi memastikan kualiti hasil yang terbaik.

Adobe Ilustrator (Ai)

Fail vektor dalam format AI dan EPS sesuai untuk semua jenis penyediaan untuk percetakan dan sulaman yang kami tawarkan.

Recommended

Adobe Photoshop (psd)

Untuk pelanggan yang mahir Adobe Photoshop (psd), kami terima design PSD (300dpi) anda untuk jenis cetakan sublimation & dtf sahaja.

Canva (PDF)

Fail Canva dalam format PDF yang menggunakan elemen vektor sesuai untuk semua jenis penyediaan percetakan dan sulaman yang kami tawarkan

PNG (High Resolution)

Fail PNG high resolution dengan background transparent hanya diterima untuk percetakan DTF, bagi memastikan hasil cetakan yang tajam.

📤 Cara Hantar Design Tempahan

Untuk memudahkan proses cetakan, sila hantarkan fail design melalui WhatsApp. Format yang diterima:

  • 📁 AI – Adobe Illustrator
  • 📄 PDF – Portable Document Format
  • 🖼️ PSD – Photoshop
  • 🖼️ PNG resolusi tinggi (HD)

Sekiranya fail terlalu besar, anda boleh kongsikan melalui Google Drive atau WeTransfer. Jangan lupa masukkan alamat emel kami sebagai penerima.

🔎 Nota penting untuk fail PNG:
  • Kekalkan resolusi asal (HD).
  • Attach sebagai dokumen di WhatsApp.
  • Atau terus hantar gambar HD melalui WhatsApp.

Untuk hantar melalui Google Drive Dan We Transfer masukan email berikut thriveimpactresources@gmail.com. Kami boleh semak design anda secara percuma!

Koleksi Design T-shirt Percuma

Tiada design? Jangan risau! Kami sediakan design tshirt percuma untuk pelbagai jenis event dan lain-lain. Anda boleh minta kami ubah teks, tukar warna dan sesuaikan mengikut keperluan. Kami akan berikan mockup design t-shirt yang telah diubah . Sila klik pada design baju yang berkaitan dengan event anda.

Jika anda nak design sendiri baju sublimation, kami sediakn templat tshirt sublimation . Download melalui pautan di bawah.

Senarai Harga T-shirt Printing

Berikut ialah anggaran harga cetakan t-shirt berdasarkan kaedah cetakan yang popular seperti silkscreen, sublimation, DTF printing dan embroidery / sulam.

Harga adalah anggaran awal dan boleh berubah jika ada size besar, ketebalan kain, dan design yang diberikan. Untuk harga penuh dan sebutharga tepat, sila hubungi kami dengan butiran lengkap anda.

Harga T-Shirt Silkscreen Printing

Harga tshirt roundneck short sleeve cetakan silkscreen 1 spot warna, brand tshirt Oren Sport. Material cotton atau jersey 160gsm, size XS sehingga 3XL. Size 5XL ke atas ada tambahan harga.

tshirt printing
  • Kuantiti 10 helai RM27.00/pcs
  • Kuantiti 20 helai RM23.00/pcs
  • Kuantiti 30 helai RM19.00/pcs
  • Kuantiti 50 helai RM17.50/pcs
  • Kuantiti 100 helai RM14.90/pcs
  • Kuantiti 500 helai RM12.50/pcs
  • Kuantiti 1000 helai RM9.70/pcs

Harga T-shirt Sublimation Printing

Harga tshirt roundneck short sleeve dengan cetakan baju sublimation full colour. Material microfiber eyelet dan mini eyelet 160gsm size XS hingga 3XL. Size 5XL ke atas ada tambahan harga.

tshirt printing
  • Kuantiti 10 helai RM39.00/pcs
  • Kuantiti 30 helai RM30.00/pcs
  • Kuantiti 50 helai RM28.00/pcs
  • Kuantiti 80 helai RM25.00/pcs
  • Kuantiti 100 helai RM24.50/pcs
  • Kuantiti 500 helai RM21.00/pcs
  • Kuantiti 1000 helai RM18.00/pcs

Harga T-Shirt DTF Printing (Heatpress)

Harga tshirt roundneck short sleeve cetakan DTF Printing, size A4 full colur DTF Printing. Cetakan dan press 1 tempat. Material cotton atau jersey 160gsm, size XS sehingga 3XL. Size 5XL ke atas ada tambahan harga.

tshirt printing
  • Kuantiti 10 helai RM28.00/pcs
  • Kuantiti 20 helai RM26.00/pcs
  • Kuantiti 30 helai RM24.00/pcs
  • Kuantiti 50 helai RM20.00/pcs
  • Kuantiti 70 helai RM18.00/pcs
  • Kuantiti 80 helai RM18.50/pcs
  • Kuantiti 100 helai RM17.50/pcs

Harga T-shirt Embroidery / Sulam

Harga tshirt collar short sleeve dengan sulaman 1 logo size standard di bahagian depan. Material 60% Cotton – 40% Polyester 230gsm. Size XS hingga 3XL. Size 5XL ke atas ada tambahan harga.

tshirt printing
  • Kuantiti 10 helai RM35.00/pcs
  • Kuantiti 20 helai RM32.00/pcs
  • Kuantiti 30 helai RM28.00/pcs
  • Kuantiti 50 helai RM27.00/pcs
  • Kuantiti 70 helai RM26.00/pcs
  • Kuantiti 80 helai RM25.00/pcs
  • Kuantiti 100 helai RM24.00/pcs

Tempoh Siap Cetakan T-Shirt

Jenis Cetakan Anggaran Siap
Silkscreen Printing 9 – 10 hari bekerja
Sublimation Printing 7 – 8 hari bekerja
DTF Printing 9 – 10 hari bekerja
Embroidery (Sulaman) 11 – 12 hari bekerja
Nota:
  1. Tempoh siap bergantung pada jumlah tempahan dan jadual production semasa kami.
  2. Kami mula proses cetakan selepas bayaran dan design disahkan oleh pelanggan.
  3. Jika anda perlukan tempahan yang urgent, jangan risau, hubungi kami untuk semak slot kuota tempahan yang tersedia.

Pilihan Warna Tshirt Untuk Cetak Dan Sulam

Brand: Oren, Gildan, Rightway & Rians

Nak tengok t-shirt kosong yang kami sediakan untuk tempahan printing baju atau sulaman anda? Kami menawarkan pelbagai pilihan material seperti cotton, microfiber jersey, dan polo collar.

Anda boleh melihat warna dan saiz yang ada, dari kanak-kanak hingga 7XL (bergantung pada warna). Lihat pautan katalog kami, pilih warna yang sesuai dengan tema anda sekarang!

Tshirt Printing

T-shirt Jersey

Tshirt microfiber jersey short sleeve, long sleeve dan muslimah
T-shirt Printing Malaysia - Custom Tshirt Design & Print

T-shirt Cotton

T-shirt 100% cotton short sleeve, long sleeve dan kanak-kanak
T-shirt Printing Malaysia - Custom Tshirt Design & Print

T-shirt Polo Collar

T-shirt polo kolar short sleeve dan long sleeve untuk lelaki dan wanita

Hasil Kerja Cetakan T-Shirt Pelanggan Kami

Kami menyediakan perkhidmatan cetakan t-shirt menggunakan teknik silkscreen, DTF, sublimation dan embroidery. Di bawah ini ialah koleksi sebenar hasil kerja kami untuk pelbagai pelanggan dari seluruh Malaysia.

Bagaimana Kami Selesaikan Masalah Pelanggan Dalam Tempahan T-Shirt

Di bawah adalah dua contoh kajian kes sebenar bagaimana kami uruskan tempahan t-shirt pelanggan kami dari Shah Alam, termasuk tempahan urgent 400 helai dan trace semula fail design logo yang pecah. Kami kongsikan cabaran, proses, serta hasil akhir cetakan tshirt yang memuaskan.

Bagaimana Kami Siapkan Tempahan 400 T-Shirt Fun Run di Shah Alam dalam Masa 5 Hari

🧑‍💼 Seorang pelanggan korporat kami dari Shah Alam membuat tempahan 400 helai t-shirt jersey microfiber untuk acara Fun Run di kawasan Bukit Jelutong, Shah Alam.

🎨 Cetakan yang diminta ialah 1 spot colour di bahagian depan dan belakang, dan tempoh siap yang diminta adalah dalam masa kurang dari 5 hari bekerja.

🗓️ Jadual Tempahan:

📅 Isnin:

  • 📞 Pelanggan hubungi kami untuk perbincangan harga untuk tempahan tshirt event fun run
  • 📄 Kami keluarkan sebutharga rasmi (quotation) berdasarkan spesifikasi design dan jumlah tshirt
  • 🖼️ Pelanggan hantar fail design siap dalam format vector (AI/PDF) untuk kami semak

📅 Selasa:

  • 📦 Kami terus semak stok saiz & warna pada pembekal dan stok mencukupi untuk warna yang diminta
  • 🧾 Invoice rasmi dikeluarkan
  • 💰 Bayaran penuh diterima pada hari yang sama

📅 Rabu:

  • 🖌️ Proses cetakan silkscreen bermula di production kami di Kajang

📅 Khamis:

  • 👕 Semua tshirt siap dicetak dan dakwat (ink) kering sepenuhnya
  • 📦 Dilipat dan dimasukkan dalam plastik transparent
  • 📏 Semakan kuantiti dan diasingkan mengikut saiz

📅 Jumaat:

  • 🚚 Penghantaran dilakukan menggunakan Lalamove dari HQ kami di Kajang ke Bukit Jelutong, Shah Alam
  • 🕓 T-shirt selamat sampai sekitar jam 11.30 pagi di lokasi pelanggan kami

📅 Sabtu:

  • 🎉 Acara Fun Run berlangsung dengan lancar
  • 👍 Pelanggan berpuas hati dan memberikan maklum balas positif

🎯 Cabaran:

  • ⏳ Tempoh masa yang agak ketat (kurang 5 hari bekerja)
  • 🖼️ Pastikan design memenuhi keperluan cetakan silkscreen (vector format)
  • 📦 Memastikan stok, warna dan saiz mencukupi. Perlu pastikan cepat sebelum confirm
  • 🚀 Memastikan penghantaran dibuat tepat pada masanya melalui runner yang dipercayai

✅ Keputusan:

  • ⏱️ T-shirt siap lebih awal daripada jangkaan
  • 📬 Penghantaran berjaya dan tiada isu kekurangan size
  • 💼 Acara berjalan lancar dan t-shirt meningkatkan imej acara korporat pelanggan
  • 🔁 Pelanggan rancang untuk tempahan lain untuk acara akan datang

Tempahan 40 Helai T-Shirt Sublimation – Logo Resolusi Rendah, Tiada Softcopy

Latar Belakang:

Seorang pelanggan kami student dari Shah Alam buat tempahan baju sublimation 40 helai untuk club mereka.
Tempahan tidak urgent, masa untuk tempahan ini lebih panjang untuk disiapkan.

Cabaran:

Pelanggan hantar design dalam format AI, tetapi logo club yang disertakan dalam bentuk gambar JPEG raster resolusi rendah, bukannya fail vektor atau gambar resolusi tinggi.
Jika kami terus cetak, logo akan kelihatan kabur pada baju, berpiksel dan tidak profesional.

Penyelesaian:

Kami trace semula logo tersebut dalam format vektor secara percuma. Kami pastikan design akhir telah disahkan oleh pelanggan sebelum diteruskan ke production printing.

Keputusan:

Hasil cetakan logo sangat tajam, jelas dan berkualiti, lebih baik dari logo asal yang kabur dan berpiksel. Pelanggan sangat berpuas hati dengan servis dan hasil printing baju sublimation.

📆 Garis Masa Proses Tempahan

HariProses
Hari 1Pelanggan hubungi kami bertanya harga tempahan baju sublimation
Hari 2Pelanggan hantar design, kami semak design, logo resolusi rendah
Hari 3Sebutharga dikeluarkan dan customer setuju dengan harga kami dan meminta keluarkan invoice
Hari 4Invoice diberikan dan bayaran deposit sebanyak 60% diterima
Hari 5Logo ditrace semula oleh designer secara percuma
Hari 6Artwork akhir disahkan oleh pelanggan
Hari 7–8Proses printing sublimation dijalankan
Hari 9–11Proses jahit dan pembungkusan
Hari 12Baju dihantar ke Shah Alam selepas pembayaran baki telah dibuat

Apa Kata Pelanggan Kami?

Kami menghargai maklum balas pelanggan yang telah membuat tempahan tshirt dengan kami. Berikut testimoni pelanggan kami yang pernah membuat tempahan t-shirt printing dari Shah Alam.

Servis memang tiptop dari company ni. Hasil printing lawa sangat. Staff peramah dan senang nak deal. Kalau ada silap, terus maklum. Memang puas hati. Recommended untuk sesiapa nak tempah. Terima kasih banyak! Insyallah akan repeat order lagi nanti.

Fakri

Kain memang cantik, design pun kemas. Team mereka sangat membantu dan cepat respon. Tempahan 28 helai siap cepat. Semua baju ikut saiz. Alhamdulillah baju dah sampai. Memang puas hati dengan kualiti dan layanan. Confirm akan repeat kalau ada rezeki.

Puan Salwa

Barang sampai dengan selamat ke Shah Alam, saiz semua ngam ikut permintaan. Kain sejuk, selesa pakai. Team company ni memang mesra, layan je customer tanya banyak. Hasil sangat memuaskan. Terima kasih!

Eriza Shah Alam

Runner sampai cepat. Designer pun banyak tolong. Walaupun saya design sendiri, company tetap semak dulu sebelum cetak. Memang puas hati. Material elok dan hasil cetak kemas. Ini kali kedua saya tempah.

Joe Shah Alam

Barang dah sampai, semua saiz ngam. Printing cun, baju cantik sangat. Anak umur 2 dan 6 tahun pun muat. Saya size S berat 56, isteri M muslimah, semua terletak elok. Team tshirt printing company ni memang terbaik.

Megat Co Shah Alam

Baju dah sampai. Kualiti memang puas hati. Material elok, printing cantik. Lalamove hantar pun laju. Team mereka banyak tolong dari awal sampai siap. Mudah berurusan dan semua proses lancar. Insyallah next time tempah lagi. Memang recommended sangat servis mereka ni.

Mohamad Afiq

Barang diterima dalam keadaan baik. Delivery ke Shah Alam cepat. Tiada masalah langsung, urusan pun mudah. Semua respon pantas. Terima kasih juga pada runner. Servis bagus, baju cantik. Confirm akan order lagi kalau ada keperluan.

En. Rashid

Pernah membuat tempahan t-shirt printing dengan kami? Sila hantarkan review untuk membantu kami menambah baik perkhidmatan dan berkongsi pengalaman anda.

Cara Tempah T-shirt Printing Dari Shah Alam

Tempahan t-shirt custom untuk pelanggan dari Shah Alam kini lebih mudah! Anda hanya perlu hantar maklumat tempahan melalui WhatsApp. 

Kami uruskan dari sebut harga, cetakan hingga penghantaran terus ke pintu anda. Ikuti langkah mudah di bawah

📱
1. WhatsApp Kami
Hubungi kami dan berikan info seperti kuantiti, jenis baju, dan design anda.
💬
2. Sebutharga
Kami akan beri sebutharga berdasarkan keperluan dan maklumat tempahan anda.
🧾
3. Invois & Deposit
Kami keluarkan invois untuk pembayaran deposit sebelum proses cetakan dimulakan.
🎨
4. Proses Cetakan
Cetakan dimulakan selepas pengesahan design dan pembayaran deposit diterima.
📦
5. Pembungkusan
Baju dibungkus rapi & kuantiti disemak mengikut tempahan yang diterima.
🚚
6. Penghantaran
Tempahan dihantar ke Shah Alam menggunakan Lalamove motor atau kereta.

Liputan Kawasan Delivery Di Shah Alam Untuk Tempahan T-shirt

Kami sediakan servis penghantaran dan cetakan t-shirt custom ke seluruh Shah Alam termasuk Seksyen 7, 13, 15, Bukit Jelutong, Glenmarie, Setia Alam dan kawasan sekitarnya. 

Tempahan boleh dibuat secara online dan kami akan uruskan penghantaran terus ke pintu anda. Antara kawasan lain termasuk

  • Seksyen 2
  • Seksyen 3
  • Seksyen 4
  • Seksyen 5
  • Seksyen 6
  • Seksyen 7
  • Seksyen 8
  • Seksyen 9
  • Seksyen 10
  • Seksyen 11
  • Seksyen 12
  • Seksyen 13
  • Seksyen 14
  • Seksyen 15
  • Seksyen 16
  • Seksyen 17
  • Seksyen 18
  • Seksyen 19
  • Seksyen 20
  • Seksyen 21
  • Seksyen 22
  • Seksyen 23
  • Seksyen 24
  • Seksyen U12
  • Setia Alam
  • Bukit Jelutong
  • Denai Alam
  • Cahaya SPK
  • Alam Budiman
  • Puncak Perdana
  • TTDI Jaya
  • Glenmarie
  • HICOM
  • Taman Subang Perdana
  • Taman Bukit Subang
  • Kampung Melayu Subang
  • Sri Muda
  • Taman Sri Muda
  • Bukit Naga
  • Bukit Rimau
  • Temasya Industrial Park
  • Kota Kemuning

Penghantaran Pantas ke Shah Alam – Hanya RM10 Sahaja!

Kami menawarkan caj penghantaran hanya RM10 untuk sebarang kuantiti tempahan cetakan baju tshirt, jauh lebih murah berbanding kos asal RM40. Kami subsidi sehingga 75% sebagai penghargaan kepada pelanggan kawasan Shah Alam.

Tempahan t-shirt printing yang telah siap akan dihantar pada hari yang sama, dan anda boleh menerima baju dalam anggaran 40 minit hingga 1 jam, bergantung kepada lokasi anda di Shah Alam, tahap kesesakan trafik semasa, keadaan cuaca, dan juga ketersediaan runner pada waktu tersebut.

Soalan Lazim Pelanggan Dari Shah Alam Berkaitan Cetakan Tshirt

Ramai pelanggan dari Shah Alam tanya soalan yang lebih kurang sama bila nak tempah t-shirt dengan kami.

Jadi kami senaraikan jawapan di sini untuk mudahkan anda faham proses tempahan.

Sebarang pertanyaan lain anda boleh hubungi kami.

Minimum tempahan ialah 10 helai untuk semua jenis cetakan seperti silkscreen, DTF, embroidery (sulam) dan sublimation.

Tempahan biasanya siap dalam 7–12 hari waktu bekerja, bergantung pada kuantiti dan jenis cetakan. Boleh rujuk jadual tempoh masa cetakan disini.

Kami tidak menerima tempahan urgent secara rasmi, namun dalam beberapa kes kami boleh siapkan lebih awal (4–5 hari bekerja) bergantung pada:

  • Stok baju sedia ada
  • Kelapangan jadual production
  • Design disediakan dalam format yang betul
  • Pembayaran / deposit tempahan dibuat dengan segera

Sila hubungi kami untuk semakan segera.

Kami memerlukan deposit sebanyak 60% untuk memulakan proses tempahan printing baju anda. Pembayaran baki hendaklah dijelaskan sebelum kami hantar tshirt ke Shah Alam.

Kedai kami terletak di Bandar Puteri Bangi, Kajang, Selangor – kira-kira 50 minit dari Shah Alam.
Jika anda ingin walk-in, sila hubungi kami dahulu untuk temujanji (online appointment).

Kami sediakan pelbagai pilihan warna t-shirt mengikut jenis material.
Lihat katalog warna di sini:
👉
https://tshirtprinting.com.my/warna-tshirt/

Kami terima fail dalam format berikut:

  • Adobe Illustrator (.ai)
  • Canva PDF (high quality export)
  • Photoshop (.psd)
  • PNG / JPEG (resolusi tinggi)

Pastikan design disediakan dalam saiz sebenar dan format yang jelas untuk hasil cetakan terbaik.

Buat Tempahan T-Shirt Printing Sekarang!

Orang Shah Alam, nak cetak baju? Tempah t-shirt printing anda dengan kami hari ini!
Kami sedia membantu anda dengan pelbagai pilihan cetakan seperti silkscreen, DTF, sublimation, dan juga sulaman.

Stories

Email

Whatsapp

Borang Review Pelanggan

⭐ Tinggalkan Review Anda

Email tidak akan dipaparkan secara umum.
Rating dipilih: 0 bintang
Perlu Sebutharga Rasmi?
Get A Quote

Sila nyatakan kuantiti, jenis t-shirt & lampiran (design, logo, atau spesifikasi).
Kami akan balas sebutharga terus ke emel anda secepat mungkin.

Whatsapp kami

Atau sila isikan borang Whastapp di bawah.