Baju Sublimation Jersey Printing

Baju sublimation printing adalah teknik cetakan khas yang menggunakan proses pemindahan dakwat ke dalam fabrik menggunakan haba.

Berbeza dengan teknik cetakan biasa yang hanya melekat di permukaan kain, sublimation membuatkan dakwat meresap terus ke dalam serat kain, menjadikan hasil cetakan lebih tahan lama, tidak mudah pudar, dan selesa dipakai.

Kaedah ini sangat popular untuk menghasilkan jersey sukan, t-shirt pasukan, pakaian korporat, dan baju promosi kerana ia mampu mencetak design full colour, gradient, serta corak yang kompleks di seluruh permukaan baju.

Material Baju Sublimation Jersey

Untuk mendapatkan hasil cetakan yang berkualiti, baju sublimation, kami menggunakan material khas yang serasi dengan dakwat sublimation:

Microfiber

Ringan, cepat kering, menyerap peluh, dan sesuai untuk aktiviti sukan outdoor.

Lycra

Fleksibel, elastik, dan memberi keselesaan maksimum untuk pergerakan aktif.

Interlock

Tebal, tahan lasak, dan memberikan kualiti premium untuk kegunaan jangka panjang.

Kelebihan Baju Jersey Sublimation

1. Cetakan Full Colour & Gradient – Tiada had warna, sesuai untuk design kreatif.

2. Warna Tidak Mudah Pudar – Dakwat meresap ke serat kain, kekal tahan lama.

3. Kain Kekal Lembut & Selesa – Tiada lapisan cetakan tebal di atas kain.

4. Cetakan All Over – Boleh cetak depan, belakang, lengan, bahkan seluruh baju.

5. Reka Bentuk Tanpa Had – Sesuai untuk logo, corak, nombor, dan nama individu.

Proses Printing Baju Jersey Sublimation

1.  Reka Bentuk (Design) – Penyediaan design menggunakan perisian seperti Adobe Illustrator atau Photoshop.

2. Cetak Pada Kertas Sublimation – Design dicetak dengan dakwat sublimation khas.

3. Proses Haba (Heat Press) – Kertas dan kain ditekan pada suhu tinggi untuk memindahkan dakwat ke dalam kain.

4. Potong Fabrik – Kain bercetak dipotong mengikut pola baju.

5. Jahitan – Potongan kain dijahit menjadi baju siap.

6. Quality Check – Warna, jahitan, dan saiz diperiksa sebelum penghantaran.

Siapa yang Sesuai Tempah Baju Sublimation

1. Team Sukan – Bola sepak, futsal, badminton, ragbi, bola jaring dan lain-lain.

2. Kelab & Persatuan – Kelab kereta, kelab motosikal, persatuan sekolah, student universiti.

3. Syarikat & Korporat – Uniform pekerja, baju promosi, pakaian acara.

4. Event Khas – Family day, team building, fun run, reunion sekolah.

5. Peniaga & Pemborong – Untuk dijual semula atau dijadikan produk utama perniagaan.

Tempahan Dan Design Baju Sublimation

Minimum tempahan baju jersey sublimation serendah 5 helai sahaja. Anda boleh hantar design anda sendiri atau pilih dari lebih 300 design kami sediakan secara percuma. Hubungi kami untuk tempahan, sebutharga dan pertanyaan berkaitan baju jersey sublimation.

Borang Review Pelanggan

⭐ Tinggalkan Review Anda

Email tidak akan dipaparkan secara umum.
Rating dipilih: 0 bintang