TSHIRTPRINTING.com.my

Delivery Info

POLISI PENGHANTARAN & JAMINAN MASA SIAP (SLA)

Polisi ini bertujuan untuk memastikan kejelasan mengenai Jaminan Masa Siap (SLA) dan Proses Penghantaran bagi semua tempahan.

JAMINAN MASA SIAP (SLA) & SYARAT PENGELUARAN

KlausaPerincian
Pemisahan Fasa

Proses pesanan terbahagi kepada Dua (2) fasa:

  • Masa Pengeluaran (Siap Cetak)
  • Masa Transit (Penghantaran oleh Kurier)
Jaminan Masa Siap (SLA)

Pesanan dijamin SIAP DICETAK dalam tempoh Enam (6) Hari Bekerja bagi tempahan kuantiti 10 hingga MAKSIMUM 1,000 helai.

❗ Jaminan ini hanya sah untuk kaedah cetakan SILKSCREEN dan SUBLIMATION sahaja.

Permulaan Pengiraan

Masa pengiraan 6 Hari Bekerja bermula selepas:

  • Bayaran Deposit 60% (atau Bayaran Penuh 100%) diterima; dan
  • Kelulusan Artwork Muktamad diperoleh.
Definisi Hari BekerjaHari Isnin hingga Jumaat sahaja, tidak termasuk Cuti Umum Negeri Selangor, Cuti Umum Persekutuan, Sabtu dan Ahad.
Kebergantungan StokJaminan 6 Hari adalah tertakluk kepada Pengesahan Stok T-shirt Kosong yang mencukupi untuk dicetak. Jika stok daripada pembekal kami lewat atau tidak mencukupi, notifikasi akan diberikan segera dan Jaminan 6 Hari akan terbatal secara automatik.
Slot PengeluaranJaminan 6 Hari adalah tertakluk kepada Slot Pengeluaran Semasa di kilang kami. Kami berhak menawarkan anda Slot Seterusnya jika slot tempahan semasa telah penuh, yang akan mempengaruhi tempoh siap (tertunduk kepada persetujuan bertulis kedua-dua pihak).
Force MajeureJaminan Masa Siap 6 Hari ini TIDAK SAH sekiranya berlaku kejadian di luar kawalan Enterprise, termasuk tetapi tidak terhad kepada Bencana Alam, Gangguan Elektrik/Air/Internet yang meluas, Bencana Kebakaran, Arahan Kerajaan (Lockdown), dan mogok kurier.

POLISI FREE HANTAR (PENGHANTARAN PERCUMA)

KlausaPerincian
Tawaran Free HantarKami menawarkan PENGHANTARAN PERCUMA (FREE HANTAR) bagi pesanan kuantiti 10 helai ke atas di kawasan liputan Lembah Klang terpilih. Tawaran ini sah sehingga had kuantiti 1,000 helai (Silkscreen/Sublimation).
Kaedah Free Hantar

Penghantaran disediakan melalui:

  • Kurier Standard (Pos Laju atau J&T Express), atau
  • Perkhidmatan On-Demand (contoh: Lalamove) – tertakluk kepada budi bicara kami.

KAEDAH & MASA TRANSIT PENGHANTARAN

KlausaPerincian
Kurier StandardDigunakan untuk kebanyakan penghantaran. Anggaran Masa Transit: 1–3 Hari Bekerja selepas pesanan diserahkan kepada kurier.
On-Demand (Lalamove, dsb.)Digunakan khas untuk kawasan Lembah Klang. Anggaran Masa Transit: Dalam masa beberapa jam selepas pesanan diserahkan (penyerahan pada Hari Bekerja yang sama).
Sabah & SarawakTertakluk kepada caj tambahan berdasarkan berat. Anggaran Masa Transit: 3–7 Hari Bekerja selepas penyerahan.

LIABILITI, KERUGIAN & ADUAN PENGHANTARAN

KlausaPerincian
Liabiliti SyarikatPesanan dianggap “Siap” dan liabiliti syarikat berakhir apabila bungkusan diserahkan kepada pihak kurier. Masa Pengeluaran (SLA) hanya meliputi fasa Siap Cetak.
Bungkusan DikembalikanJika bungkusan dikembalikan kerana alamat tidak lengkap atau gagal diterima, kos penghantaran semula (re-delivery fee) perlu ditanggung oleh pelanggan.
Aduan PenghantaranAduan mengenai kehilangan atau kerosakan semasa transit mesti dibuat dalam tempoh 3 Hari selepas tarikh penerimaan/penghantaran dijadualkan. Aduan selepas tempoh ini tidak akan diterima.
🔥 HOT DEAL!
T-shirt Saiz Besar TANPA CAS TAMBAHAN (3XL–7XL)
Bayar harga biasa, walaupun ada saiz besar! Tawaran Ini Tamat Akhir Bulan Dec 2025 DEPAN!
Terma & Syarat

Terma & Syarat:
✅ Minimum tempahan 20 helai / Maksimum 500 helai cetak baju
✅ Saiz besar tidak melebihi 5% daripada jumlah order
✅ Sah untuk t-shirt jersey & cotton

📌 Contoh: Tempahan 500 helai → maksimum 25 helai saiz besar (3XL–7XL) masih pada harga biasa!

💬 Tempah sekarang & dapatkan tawaran ni!

Whatsapp kami

Atau sila isikan borang Whastapp di bawah.

Borang Review Pelanggan

⭐ Tinggalkan Review Anda

Email tidak akan dipaparkan secara umum.
Rating dipilih: 0 bintang