TSHIRTPRINTING.com.my

Terma Dan Syarat

TERMA & SYARAT (DIKEMASKINI: FREE HANTAR & JAMINAN 6 HARI)

Hi dan terima kasih kerana memilih servis kami! Sebelum buat tempahan, mohon baca dan faham terma & syarat di bawah.

BAHAGIAN A: PEMBAYARAN, MOQ & PENGESAHAN PESANAN

  1. Polisi Pembayaran (Deposit / Full Payment):
    • Semua tempahan boleh dijelaskan melalui sama ada:
      • a) Deposit 60% daripada jumlah invois untuk mula diproses; atau
      • b) Bayaran penuh (100%) sekiranya pelanggan ingin mempercepatkan pengeluaran.
    • Baki 40% (jika ada) mesti dijelaskan sebelum penghantaran dibuat.
    • Pembayaran hanya diterima melalui bank transfer (maklumat akaun akan diberikan selepas pengesahan order).
    • Kerja hanya akan dimulakan selepas kami menerima:
      • a) Deposit atau bayaran penuh yang sah; dan
      • b) Kelulusan akhir artwork daripada pelanggan.
    • Polisi Kredit: Tiada terma kredit (Net 30/60 Hari) untuk tempahan standard.

    Nota: Bayaran penuh digalakkan bagi mempercepatkan giliran pengeluaran (production queue) kerana tempahan pelanggan akan terus disusun dalam senarai utama tanpa menunggu baki bayaran.

  2. Minimum Order Quantity (MOQ) & Harga:
    • Minimum tempahan standard adalah 10 helai. Tempahan bawah MOQ — sila hubungi kami dahulu.
    • Harga jual yang dipaparkan adalah harga muktamad, termasuk kos printing dan bahan.

BAHAGIAN B: JAMINAN MASA PENGELUARAN (SERVICE LEVEL AGREEMENT – SLA)

  1. Jaminan SLA 6 Hari Bekerja:
    • Masa pengeluaran standard kami ialah enam (6) hari bekerja sahaja. Jaminan ini hanya sah untuk tempahan bawah 100 unit.
    • Titik permulaan (The 6-Day Clock): Masa ini akan bermula apabila kedua-dua syarat di atas (1.a: Bayaran/deposit sah dan 1.b: Kelulusan artwork) dipenuhi.
    • Definisi Hari Bekerja: Hari bekerja merujuk kepada Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk Cuti Umum Negeri Selangor dan Cuti Umum Persekutuan.
    • Tempahan urgent: Tempahan urgent mungkin dikenakan caj tambahan dan tertakluk pada kelulusan kami.
  2. Liabiliti & Pengecualian SLA:
    • Kami tidak bertanggungjawab atas kelewatan akibat faktor luar kawalan (Force Majeure) seperti masalah pembekal, kerosakan mesin, gangguan pengangkutan, atau bencana alam.
    • Tanggungjawab kami terhadap sebarang kegagalan SLA (yang bukan disebabkan oleh faktor luar kawalan) terhad kepada ganti rugi yang dipersetujui.

BAHAGIAN C: HAK CIPTA, LIABILITI & ARTWORK

  1. Artwork & Jaminan Hak Cipta (Klausa Perlindungan Liabiliti):
    • Pelanggan perlu sediakan design siap dalam format .AI, .PDF, atau .PNG high-res. Bantuan touch-up asas adalah percuma.
    • Jaminan wajib pelanggan: Pelanggan dengan ini mewakili dan menjamin bahawa mereka adalah pemilik sah bagi semua artwork, logo, dan rekaan yang diserahkan, atau telah memperoleh lesen/kebenaran bertulis yang sah.
    • Pengalihan Liabiliti: Kami tidak bertanggungjawab untuk membuat sebarang pemeriksaan hak cipta. Kami tidak terima design berunsur lucah, sensitif, atau melanggar undang-undang.
    • Ganti Rugi Wajib: Pelanggan bersetuju untuk menanggung dan mengganti rugi Thrive Impact Resources (003550833-X) sepenuhnya daripada sebarang tuntutan, kos, atau perbelanjaan undang-undang yang timbul daripada pelanggaran hak cipta, tanda dagangan, atau IP pihak ketiga yang disebabkan oleh artwork pelanggan.
  2. Kualiti Cetakan & Keterangan Warna:
    • Teknik digunakan: Silkscreen, DTF, Heat Press, Sublimation, dan Sulaman (Embroidery).
    • Penafian Warna (Color Disclaimer): Warna cetakan mungkin berbeza 5–10% daripada design asal disebabkan faktor teknikal (tetapan skrin, color profile). Perubahan selepas kelulusan akhir akan dikenakan caj setup semula.

BAHAGIAN D: PRODUK, PENUKARAN & PEMBATALAN

  1. Jenis Baju, Saiz & Polisi Penukaran:
    • Pilihan termasuk cotton, microfiber, polyester, polo, round neck dan lain-lain.
    • Pastikan jenis, warna & saiz disahkan sebelum cetakan. Tiada pertukaran atau pembatalan baju dibenarkan selepas cetakan dibuat kerana produk adalah custom-made.
  2. Polisi Pembatalan & Bayaran Balik:
    • Deposit/bayaran penuh dianggap hangus (non-refundable) jika pembatalan dibuat selepas bayaran/deposit diterima dan artwork telah diluluskan.
    • Bayaran balik penuh hanya diberikan jika pembatalan dibuat sebelum sebarang pembelian bahan atau setup mesin dimulakan.
    • Jika berlaku kesilapan pada kuantiti atau artwork dari pihak kami, kami akan gantikan atau refund mengikut keadaan kes.

BAHAGIAN E: PENGHANTARAN, AFTER-SALES & PERUBAHAN

  1. FREE HANTAR & Liabiliti Kurier:
    • Kami menawarkan penghantaran percuma (Free Shipping) untuk pesanan minimum 10 helai ke atas di Shah Alam dan Lembah Klang terpilih. Kos penghantaran ditanggung pelanggan untuk kawasan/kuantiti lain.
    • Liabiliti Kurier: Pesanan dianggap ‘Siap’ dan liabiliti kami berakhir apabila pesanan diserahkan kepada kurier. Kami tidak bertanggungjawab atas kelewatan atau kerosakan semasa proses penghantaran oleh pihak kurier.
    • Aduan & After-Sales: Aduan perlu dibuat dalam 3 hari selepas barang diterima. Aduan lewat tidak akan diterima kecuali kes tertentu.
  2. Hak Kami & Perubahan Terma:
    • Kami berhak menolak tempahan yang tidak sesuai tanpa perlu memberi sebab. Kami juga berhak mengubah terma & syarat ini dari semasa ke semasa tanpa notis awal.
🔥 HOT DEAL!
T-shirt Saiz Besar TANPA CAS TAMBAHAN (3XL–7XL)
Bayar harga biasa, walaupun ada saiz besar! Tawaran Ini Tamat Akhir Bulan Dec 2025 DEPAN!
Terma & Syarat

Terma & Syarat:
✅ Minimum tempahan 20 helai / Maksimum 500 helai cetak baju
✅ Saiz besar tidak melebihi 5% daripada jumlah order
✅ Sah untuk t-shirt jersey & cotton

📌 Contoh: Tempahan 500 helai → maksimum 25 helai saiz besar (3XL–7XL) masih pada harga biasa!

💬 Tempah sekarang & dapatkan tawaran ni!

Whatsapp kami

Atau sila isikan borang Whastapp di bawah.

Borang Review Pelanggan

⭐ Tinggalkan Review Anda

Email tidak akan dipaparkan secara umum.
Rating dipilih: 0 bintang