Return Policy
POLISI PEMULANGAN & PENGGANTIAN PRODUK
1. KOMITMEN KUALITI & TEMPOH ADUAN
| Klausa | Perincian |
|---|---|
| Pemeriksaan Kualiti | Setiap produk akan diperiksa bagi memastikan hasil akhir adalah setara dengan artwork muktamad yang telah diluluskan oleh pelanggan. |
| Tempoh Aduan | Aduan mestilah dibuat secara bertulis dalam tempoh tiga (3) hari kalendar selepas penerimaan barang. Aduan selepas tempoh ini tidak akan diterima. |
2. SYARAT PENGGANTIAN PRODUK (DIBENARKAN)
Penggantian 100% hanya akan diberikan jika terbukti kesilapan berpunca sepenuhnya daripada pihak kami.
| Jenis Masalah | Syarat Penggantian | Status |
|---|---|---|
| Kecacatan Produk (Defect) | Lubang pada baju, cetakan tertanggal sebelum dicuci (flaking), atau dakwat cetakan terpalit yang ketara sebelum dihantar. | ✅ Dibenarkan |
| Kesilapan Artwork | Artwork yang dicetak berbeza daripada artwork muktamad yang telah diluluskan oleh pelanggan. | ✅ Dibenarkan |
| Kesalahan Saiz / Warna Baju | Baju dicetak pada saiz atau warna yang tidak sepadan dengan invois pesanan yang telah disahkan pelanggan. | ✅ Dibenarkan |
3. KES YANG TIDAK MELAYAKKAN PENGGANTIAN / BAYARAN BALIK
| Jenis Masalah | Alasan Penolakan |
|---|---|
| Perbezaan Warna Cetakan | Warna cetakan mungkin berbeza 5–10% daripada paparan skrin pelanggan (Color Disclaimer). |
| Kesilapan Saiz oleh Pelanggan | Pelanggan tersalah pilih saiz semasa pengesahan invois. |
| Baju Tidak Muat / Potongan Berbeza | Baju yang dipesan tidak muat atau pelanggan tidak berpuas hati dengan jenis potongan (cutting) baju. |
| Kelewatan Kurier | Kelewatan penghantaran disebabkan oleh pihak syarikat kurier selepas penyerahan. |